Kindly register in order to view this article
!
Berlangsung di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini semalam program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhals (WUIF) bersama saluran Astro Ceria itu merupakan salah satu inisiatif utama menjelang kemuncak World #QuranHour pada 30 Mei ini.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, World Kids #QuranHour bertujuan menerapkan kefahaman isi kandungan al-Quran kepada kanak-kanak.
“World Kids #QuranHour mengambil semangat Nuzul Quran dengan membawa Misi al-Kahf. Pendekatan untuk berinteraksi dengan al-Quran juga dibuat secara santai.
“Berdasarkan sambutan luar biasa ini, kita nampak ada kesan daripada kempen World #QuranHour selama empat tahun. Mungkin sebelum ini anak-anak ikut ibu bapa tetapi hari ini kita buat khusus untuk anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan World Kids #QuranHour yang mendapat penyertaan murid pra-sekolah dan sekolah-sekolah rendah sekitar Lembah Klang.
“Malah, hari ini (semalam) kita buka perpustakaan khas untuk World Kids #QuranHour. Kita dapat lihat semua anak-anak begitu gembira dan ibu bapa pula memberi sokongan jitu.
“Situasi ini menunjukkan rakyat Malaysia memang mahu mendekati agama. Melalui program ini, kita mahu ajar anak-anak agar ingat Tuhan dan mendekati al-Quran,” katanya.
World Kids #QuranHour mengangkat pendekatan eduitainment seperti persembahan karakter animasi popular kanak-kanak Omar & Hana, penyampaian kisah Pesan dari Gua oleh Ustaz Don Daniyal dan persembahan Salam Squad.
Surah al-Kahf ayat satu hingga 10 turut diperdengarkan oleh Tahfiz Muda Aqil, Tahfiz Muda Mikhail dan juara tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, Nor Farhatul Fairuzah Panut.
Peserta juga diberikan pemahaman mengenai 10 ayat terawal surah al-Kahf melalui tafsiran oleh PU Azman.
Turut hadir dalam program itu ialah pengasas WUIF, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Naib
Presiden Kandungan GenNext dan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin.
World Kids #QuranHour turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ceria, Astro Oasis dan Astro Oasis HD.