Dua pelancong wanita ditemui maut di Pergunungan Atlas

Kedua-dua mangsa ditemui di satu kawasan terpencil menghala ke puncak tertinggi Afrika Utara itu di Pergunungan Toubkal.
Kedua-dua mangsa ditemui di satu kawasan terpencil menghala ke puncak tertinggi Afrika Utara itu di Pergunungan Toubkal.
A
A
A
RABAT - MAGHRIBI.Dua pelancong wanita, masing-masing berasal dari Denmark dan Norway ditemui mati di Pergunungan Atlas semalam dengan kesan luka pada leher, dipercayai dikelar.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Maghribi, kedua-dua mangsa ditemui di satu kawasan terpencil menghala ke puncak tertinggi Afrika Utara itu di Pergunungan Toubkal.

Toubkal ialah destinasi pendakian popular yang terletak 82 kilometer di selatan hab pelancongan terbesar Maghribi, Marrakesh.

Setakat ini,identiti kedua-duanya masih belum didedahkan, dan siasatan kini sedang dijalankan bagi mengetahu motif jenayah terbabit. - BBC
Artikel Berkaitan: