'Anaerobic Digester, dengarlah rintihan penduduk dahulu'

SHAHIR
SHAHIR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan) menggesa agar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendengar rintihan serta pandangan masyarakat setempat sebelum melaksanakan projek 'Anaerobic Digester' di Jalan Memanda, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang.

Ketuanya, Shahir Adnan berkata, penduduk setempat di kawasan Ampang Jaya sememangnya membantah pelaksanaan projek tersebut berikutan pencernaan anaerobik merupakan langkah penguraian bahan organik dengan menggunakan bakteria.

Beliau berkata, proses biologi ini akan menghasilkan gas khususnya metana dan karbon dioksida yang dapat memberi kesan tidak baik terhadap kesihatan.

"Teknologi ini memang wujud di negara luar namun mereka tidak menjadikan kawasan berhampiran perumahan dan sekolah sebagai tapak projek.

"Malangnya di Malaysia tapak projek ini betul-betul bersebelahan kawasan perumahan dan ia melanggar penetapan peraturan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang meletakkan zon penampan 350 meter daripada sumber pencemaran ke sempadan penempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lebih membimbangkan, Shahir berkata, zon projek itu juga terletak berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Razali, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dan beberapa tadika yang dibimbangi akan memberi kesan kepada kesihatan mereka selepas ini.

Beliau berkata, penduduk di kawasan berhampiran juga sudah menghantar bantahan secara rasmi kepada MPAJ dan Zuraida sebelum ini bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil berhubung perkara itu.

"Dianggarkan kira-kira 10,000 penduduk akan terjejas sekiranya pelaksanaan projek ini diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Era pemerintahan Pakatan Harapan pada tahun pertama menunjukkan kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada masalah alam sekitar," katanya.