Bukan arahan Pas bakar kereta Mufti Perlis

Syukri
Syukri
A
A
A

ALOR SETAR - Pas Perlis menafikan memberi arahan supaya membakar kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di kediamannya kira-kira dua bulan lepas.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya berharap orang awam tidak membuat tuduhan sebarangan terhadap Pas berhubung isu kereta Mufti Perlis dibakar Mac lepas.

"Bukan kerja Pas... jangan tuduh-tuduh. Jika individu yang buat tu ahli Pas, bukannya bermakna Pas yang melakukan perbuatan itu.

"Salah seorang nama itu memang ahli Pas tetapi dia baharu dituduh bukan betul lagi. Kita memang nafi kita terlibat, memang kita tidak ada kaitan. Jadi, kita buat laporan polis untuk nafi dakwaan itu dan minta siasatan terhadap individu tular kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian hari ini ketika diminta mengulas beberapa kenyataan di laman sosial Facebook mendakwa Pas terbabit dalam kejadian bakar kereta Mufti Perlis itu.

Beberapa kenyataan di laman sosial menuduh penglibatan Pas dalam kes membakar kereta rasmi Mufti Perlis.
Beberapa kenyataan di laman sosial menuduh penglibatan Pas dalam kes membakar kereta rasmi Mufti Perlis.

Sehubungan itu, Mohd Shukri berkata, Pas Perlis membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, dekat sini, kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau berkata, laporan polis dilakukan demi menafikan tindakan membakar kenderaan berkenaan adalah arahan Pas, sekaligus menggesa siasatan ke atas pihak menuduh penglibatan Pas seperti ditularkan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Penganggur diberkas bakar kereta Mufti Perlis

Kenderaan rasmi Mufti Perlis terbakar

Pada 22 Mac lepas, Sinar Harian melaporkan kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipercayai dibakar pada bahagian bonet dan cermin hadapan dipecahkan dalam kejadian di hadapan rumahnya di Jalan Persiaran Wawasan, Kangar, di sini.

Bagaimanapun, suspek berusia 36 tahun ditahan kira-kira jam 2.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau, kelmarin, hasil maklumat awam dan risikan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku terlibat membakar kereta Mohd. Asri bersama seorang lagi lelaki setelah diupah dengan bayaran RM500.