Chef Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

Allahyarham Chef Adamdidam
Allahyarham Chef Adamdidam
A
A
A

KOTA BHARU - Chef selebriti, Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam meninggal dunia jam 5 pagi tadi.

Beliau dijemput Ilahi pada usia 29 tahun dikatakan akibat jangkitan paru-paru.

Berita pemergiannya turut dikongsi saudara terdekat, Neelofa menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.

Selain itu sepupu Allahyarham, Natasha Amran turut meluahkan kesedihan dan berdoa agar rohnya bersama para solihin.

Allahyarham meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan dan solat jenazah diadakan di Masjid Telipot pada jam 10 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lemal, Pasir Mas sejam kemudian.

Beliau yang juga bapa saudara Fatimah Omar Mukhlis iaitu kanak-kanak yang fasih menggunakan dialek Kelantan biarpun berada di luar negara, merupakan peserta rancangan Hero Oven musim kedua siaran TV3.

Artikel Berkaitan: