Salam subuh sayangku, antara 'posting' terakhir Faziani

Antara tangkap layar kata-kata terakhir Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Instagramnya.
A
A

SHAH ALAM - Penuh bermakna, ada kata-kata nasihat dan semangat tatkala membaca muat naik terakhir Allahyarham pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad,di Instagramnya.

Antara muat naik tersebut Faziani mengingatkan orang ramai bahawa orang boleh meniru apa yang kita buat dan cara kita buat, tetapi orang tak boleh meniru kemahiran kita kerana kita sentiasa jadi yang pertama dan ikutan ramai.

Tulisan itu, diakhiri dengan ingatan "Salam Subuh Sayangku,".

Selain itu, Faziani mengingatkan bahawa hidup yang dijalani ini ialah merupakan satu rangkaian.

"Daripada masalah ke masalah yang lain sehinggalah ia mematangkan kita. Atau ada di antara kita semua yang tidak pernah bermasalah dalam hidup?," tulisnya.

Dalam pada itu antara lain, Faziani mengingatkan orang ramai agar memperbaiki hubungan dengan 'ayah ibu' mereka.

"Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak ALLAH akan memperbaiki seluruh urusanmu," tulisnya.

Dalam kejadian pagi tadi, Faziani maut manakala suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera parah selepas terbabit dalam nahas di Pattani, Thailand kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Antara tangkap layar kata-kata terakhir Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Instagramnya.
Antara tangkap layar kata-kata terakhir Allahyarham Faziani Rohban Ahmad di Instagramnya.