Sila log masuk terlebih dahulu.

Jenazah Salahuddin selamat dikebumikan

24 Julai 2023 | VIDEO
A
A
A
BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Pontian, pagi ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot, pada jam 11 pagi.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Sebelum Perdana Menteri tiba, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir Allahyarham.

Artikel: http://bitly.ws/MrLm

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo