MPAJ tangguh kenaikan caj tanah perkuburan Islam

Penangguhan kenaikan caj pengebumian di tanah perkuburan Islam di bawah pentadbiran MPAJ.
Penangguhan kenaikan caj pengebumian di tanah perkuburan Islam di bawah pentadbiran MPAJ.
A
A
A

AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menangguhkan pelaksanaan kenaikan caj pengebumian bagi tanah perkuburan Islam di bawah pentadbirannya.

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, kadar baharu itu sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Ogos ini namun ditangguhkan.

"Susulan itu, kadar asal iaitu RM200 bagi jenazah dewasa, RM100 bagi kanak-kanak atau bayi dan RM400 kepada bukan warganegara akan dikekalkan," menurut kenyataan di Facebook pada Ahad.

Surat bertarikh 28 Julai lalu memaparkan kadar caj baharu membabitkan kategori dewasa, kanak-kanak atau bayi serta bukan warganegara.

Menurut surat berkenaan, keputusan itu telah diluluskan melalui Mesyuarat Kewangan dan Taksiran serta disahkan dalam Mesyuarat Penuh MPAJ.

Caj semasa bagi kategori dewasa iaitu RM200 dinaikkan kepada RM300 sementara pengebumian kanak-kanak atau bayi daripada RM100 ke RM150.

Sementara kategori bukan warganegara pula menyaksikan kenaikan mendadak daripada RM400 kepada RM1,700 yang disertakan dengan kepungan kubur jenis simen terazo.