X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas timbalan menteri Korea Selatan dituduh rasuah

Kim Hak-ui
A
A

SEOUL - Bekas Timbalan Menteri Kehakiman Korea Selatan diberkas atas tuduhan rasuah termasuk diberikan perkhidmatan pelacur oleh kontraktor pembinaan.

Kim Hak-ui didakwa menerima rasuah 130 juta won (RM454,844) dan hiburan seks lebih 100 kali daripada ahli perniagaan, Yoon Jung-cheon.

Penangkapan Hak-ui itu dibuat lewat semalam selepas Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Bekas pendakwa raya itu pernah berkhidmat sebagai ketua nombor dua di Kementerian Kehakiman pada 2013 ketika di bawah pentadbiran bekas presiden, Park Geun-hye.

Sebelum ini, Hak-ui juga pernah berdepan tuduhan rogol dan rasuah, namun digugurkan kerana kekurangan bukti.

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Incheon pada Mac lalu ketika cuba melarikan diri ke Bangkok selepas pendakwa raya melancarkan siasatan baharu awal tahun lalu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus