Suspek bunuh jururawat direman seminggu

Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin.
Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin.
A
A
A

SEPANG - Seorang lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho bermula hari ini hingga 23 Mei ini bagi membolehkan polis meneruskan siasatan susulan penemuan mayat wanita itu di kondominium Third Avenue di Cyberjaya kelmarin.

Lelaki berusia 36 tahun itu yang dipercayai suspek utama pembunuhan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang bergari dan berbaju kemeja T biru tiba di mahkamah kira-kira jam 11.10 pagi.

Lelaki tersebut ditahan polis di sebuah cafe di pusat beli-belah Cheras Sentral kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas polis mengambil keterangan dua rakan mangsa.

Semalam polis telah menahan reman dua rakan suspek iaitu seorang wanita rakan senegaranya dan lelaki warga Pakistan yang membawa kepada penahanan suspek.

Kedua-dua rakan suspek direman tujuh hari bermula semalam dan berakhir Rabu ini.

Sementara itu akhbar sebelum ini melaporkan siasatan awal polis mendapat lelaki itu merupakan individu terakhir keluar dari kediaman mangsa berdasarkan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kondominium tersebut.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu mayat Siti Khairina ditemui polis dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala selepas pemilik rumah sewa berkenaan melihat kesan darah mengalir keluar daripada salah satu pintu rumah itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan selepas Isyak

ARTIKEL BERKAITAN:Hospital Serdang sahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Kharina masih belum pulang setelah lima hari hilang

ARTIKEL BERKAITAN:Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat

ARTIKEL BERKAITAN:Penemuan mayat di Cyberjaya ada kaitan kehilangan jururawat

AKAN MENYUSUL