Penemuan mayat di Cyberjaya ada kaitan kehilangan jururawat

Kehilangan Siti Kharina masih menjadi tanya-tanya. Gambar kecil: Noor Azam
Kehilangan Siti Kharina masih menjadi tanya-tanya. Gambar kecil: Noor Azam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penemuan mayat itu dan berkata sidang media mengenai perkara itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang ini.

Difahamkan penemuan mayat itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilapor hilang, sejak seminggu lepas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat

ARTIKEL BERKAITAN:Ketua jururawat hilang: Kakak patut balik kampung tapi...

Artikel Berkaitan: