Hospital Serdang sahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas

Hospital Serdang - Foto Sumber internet
Hospital Serdang - Foto Sumber internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pengurusan Hospital Serdang mengesahkan Ketua Jururawatnya, Siti Kharina Mohd Kamarudin yang dilaporkan hilang sebelum ini, dilihat kali terakhir di kawasan tempat letak kenderaan hospital itu pada Rabu lepas.

Dia dilihat memandu kereta jenis Honda City berwarna putih.

Pengarah Hospital Serdang Dr Rohana Johan berkata Siti Kharina dilihat berada di lokasi berkenaan pada pukul 4 petang itu dan mengesahkan kakitangannya itu tidak hadir bertugas pada keesokan harinya.

Beliau berkata suami dan waris Siti Kharina telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

"Kali terakhir Siti Kharina dilihat ketika memandu kereta berwarna putih itu dengan nombor pendaftaran BEY 1361. Selain itu, beliau juga tidak dapat dihubungi pihak hospital sehingga kenyataan ini dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Rohana turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk mengesan Siti Kharina agar menghubungi polis atau adik Siti Kharina, Siti Khairani Mohd Kamaruddin melalui talian 012-2587764.

Beliau berharap orang ramai tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih serta tidak mengganggu proses siasatan atau menimbulkan sebarang kekeliruan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Siti Kharina masih belum pulang setelah lima hari hilang

Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat

Ketua jururawat hilang: Kakak patut balik kampung tapi...

Kertas siasatan kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang dibuka

Artikel Berkaitan: