'Siti Kharina mesra, pemurah'

Allahyarham Siti Kharina
Allahyarham Siti Kharina
A
A
A

CYBERJAYA - Penghuni di kawasan kondominium di sini yang Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditemui mati menyifatkan beliau seorang yang peramah dan pemurah.

Seorang penghuni yang enggan dikenali berkata Siti Kharina, yang menyewa sebuah unit di kondominium itu, selalu dilihat mesra dan menyapa penghuni lain.

"Selalu nampak dia tegur-tegur orang di sini, dengan pengawal keselamatan pun dia baik,” katanya yang mula nampak Siti Kharina menetap di kondominium berkenaan pada awal tahun ini.

Seorang lagi penduduk berkata Siti Kharina sering dilihat memberi makanan kepada pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

Siti Kharina dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas.

Siti Kharina, 40, ditemui mati dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya. Mayat wanita itu ditemui pemilik rumah berkenaan pada Rabu dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan selepas isyak

Kes bunuh jururawat: Polis tahan lelaki Pakistan, wanita Nigeria

Polis temui petunjuk baharu kes kehilangan ketua jururawat

Ketua jururawat hilang: Polis tiada petunjuk baharu

Siti Kharina masih belum pulang setelah lima hari hilang

Hospital Serdang sahkan Siti Kharina tidak hadir bertugas