KUIM, SPRM perkenal silibus pendidikan rasuah

Naib Canselor KUIM, Prof Dr Md Radzai Said (dua, kiri) bersama pengurusan tertinggi KUIM serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Naib Canselor KUIM, Prof Dr Md Radzai Said (dua, kiri) bersama pengurusan tertinggi KUIM serta Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
A
A
A

ALOR GAJAH - Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) menjadi institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pertama di negara ini menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewujudkan mata pelajaran pencegahan rasuah kepada pelajar yang bakal dimulakan tidak lama lagi.

Naib Canselor KUIM, Prof Dr Md Radzai Said berkata menerusi kerjasama tersebut, KUIM akan mewajibkan semua pelajar mengambil modul mata pelajaran itu dalam usaha mencegah amalan rasuah, budaya salah guna kuasa dan salah laku kepada generasi pelajar.

“KUIM akan memasukkan modul pencegahan rasuah dalam mata pelajaran wajib di universiti ini dan kursus ini akan diambil oleh pelajar jurusan ijazah dan diploma.

“Kita akan jadikan ia sebagai mata pelajaran wajib dan di antara modul mata pelajaran ini akan diajar sendiri oleh Unit Latihan SPRM,” katanya sebagai susulan kunjung hormat yang dilakukan di pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM, di Putrajaya baru-baru ini.

Naib Canselor KUIM, Prof Dr Md Radzai Said menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Naib Canselor KUIM, Prof Dr Md Radzai Said menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Menurut Dr Md Radzai lagi, KUIM juga menjadi IPTS pertama di Melaka dan yang keempat di negara ini menubuhkan Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) namun ketika ini terdapat tujuh buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS telah mewujudkan sekretariat berkenaan.

"Pada masa sama juga akan diadakan program 'Training for Trainers' dalam kalangan tenaga akademik dan pentadbiran KUIM yang bertujuan memberikan pendedahan mengenai gejala rasuah serta menyahut seruan kerajaan supaya bersama membanteras amalan rasuah bermula daripada golongan muda.

“Menerusi program yang dirancang ini, warga KUIM akan diberi pendedahan dan maklumat mengenai amalan rasuah yang perlu dihindari dan bukan bersifat akademik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, penubuhan SPR dalam kalangan pelajar akan diletakkan di bawah Majlis Perwakilan Pelajar dan ianya merupakan satu entiti yang akan bergerak sekali dalam suara pelajar KUIM.