Lebih 40,000 meriahkan FGM 2019

Wan Munadi (tengah) menunjukkan 18 faedah dan manfaat kepada ahli baharu YGMB.
Wan Munadi (tengah) menunjukkan 18 faedah dan manfaat kepada ahli baharu YGMB.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Hampir 40,000 pengunjung memeriahkan Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 yang berlangsung selama lima hari anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Pusat Kovensyen Setia Spice di sini.

Festival yang berakhir hari ini turut menyaksikan YGMB berjaya menarik keahlian baharu hampir 1,000 orang dalam kalangan warga Kementerian Pendidikan.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, setiap hari lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan festival berkenaan.

“Pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara hadir memeriahkan FGM 2019, ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Secara keseluruhan festival yang julung-julung kali dianjurkan YGMB ini dilihat berjaya dan mencapai objektif dan mendapat sambutan luar biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Katanya, semalam ketika Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hadir ke FGM 2019 dan beliau turut memuji penganjuran festival berkenaan oleh YGMB selain turut memuat naik status di laman sosialnya.

“Terima kasih, bila menteri berpuas hati, kita rasa ianya berjaya dah capai objektif termasuk mengenai pengisian program yang bersesuaian dan menepati kehendak arus pendidikan semasa.

“Kami juga menyambut baik saranan menteri agar lebih banyak pihak tampil untuk menaja FGM pada masa akan datang selain galakkan guru sertai YGMB,” katanya.

Artikel Berkaitan: