Tiga pelajar Malaysia terpilih lanjut pelajaran di Akademi Tentera AS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga alumni Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menjadi rakyat Malaysia terbaharu terpilih bagi melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Amerika Syarikat (AS).

Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga pelajar berkenaan baharu menamatkan pengajian di peringkat asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), tahun ini.

Mereka adalah Muhammad Aniq Hilman Haslimi yang merupakan alumni MRSM Baling dan Mateshan Varma Subramaniam serta Grace Sian Ern Hui yang masing-masing merupakan alumni MRSM Parit.

Kesemua mereka merupakan antara 100 calon yang perlu memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia, lulus Australian English Test dan temu duga oleh pihak UPNM dan pegawai dari Amerika Syarikat, selain perlu mempunyai standard fizikal dan ketahanan diri yang mampan.

“Perkara ini menjadi satu kebanggaan buat semua netizen serta memberi inspirasi kepada semua pelajar MRSM. Seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Mara mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan yang diperolehi,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: