Kelayakan Piala Dunia: Argentina senaraikan Messi biarpun cedera

Messi
Messi
A
A
A

LIONEL Messi telah disenaraikan dalam skuad Argentina untuk aksi kelayakan Piala Dunia menentang Paraguay dan Peru akhir bulan ini, kata Persatuan Bola Sepak Argentina pada Khamis, lapor Xinhua.

Penyertaan kapten Albiceleste itu dibuat walaupun penyerang Inter Miami berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan otot yang tidak didedahkan menyebabkannya tidak bermain dalam empat perlawanan terakhir kelab Major League Soccer itu.

Pengurus Argentina, Lionel Scaloni memanggil lima pemain yang belum pernah bermain bagi negara - Marcos Pellegrino, Lucas Esquivel, Carlos Alcaraz, Bruno Zapelli dan Facundo Farias.

Tetapi tiada tempat untuk Angel di Maria dan Lisandro Martinez dalam skuad 34 pemain itu.

Argentina akan menentang Paraguay di Buenos Aires pada 12 Oktober dan Peru di Lima lima hari kemudian. - Bernama

Artikel Berkaitan: