Bulan Komuniti McDonald's rai kanak-kanak memerlukan

Sambutan hari jadi sempena Bulan Komuniti McDonald's yang dirai setiap Oktober.
Sambutan hari jadi sempena Bulan Komuniti McDonald's yang dirai setiap Oktober.
A
A
A

KUALA LUMPUR - McDonald's akan memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak memerlukan menerusi Program Bulan Komuniti yang disambut pada Oktober setiap tahun.

Pengarah Komunikasi Korporat, Shamsidar Yahya berkata, setiap tahun McDonald's membawa keceriaan dengan melaksanakan aktiviti bersama 12,000 kanak-kanak membabitkan 400 rumah kebajikan di Malaysia.

Menurutnya, program tersebut telah dimulakan sejak 2017 yang ketika itu membawa mereka ke tempat menarik selain gotong-royong di rumah kebajikan dan membawa mereka ke restoran McDonald's.

"Kami bukan sahaja berusaha menyediakan makanan lazat tetapi berazam menjadi sebuah syarikat yang prihatin dengan melaksanakan inisiatif berimpak positif kepada komuniti di sekitar lokasi restoran kami.

"McDonald's melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sepanjang tahun dalam usaha mendekati komuniti antaranya pada Oktober, kami laksanakan Bulan Komuniti yang dikhususkan untuk kanak-kanak terutama mereka yang kurang bernasib baik," katanya pada Majlis Pelancaran Program Bulan Komuniti McDonald's, di sini pada Rabu.

Pada program itu, seramai 40 kanak-kanak Rumah Kanak-Kanak Trinity dan Rumah Hope dari Petaling Jaya diraikan dengan aktiviti permainan serta sambutan hari jadi.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran pengacara popular, Fara Fauzana serta beberapa rakan artis dan pempengaruh.

Program itu turut disokong oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RHMC Malaysia) yang menyumbang Pek Kembali Ke Sekolah.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pada tahun ini McDonald's juga berhasrat untuk meraikan lebih 12,000 anak yatim dari 400 rumah kebajikan bagi sambutan hari jadi.

"Istimewa pada tahun ini, sambutan hari jadi tidak terhad di rumah anak yatim tetapi kami turut menawarkan sambutan itu diadakan di restoran-restoran kami.

"Bagi menjayakan usaha ini, kesemua 355 rangkaian restoran McDonald's di seluruh negara termasuk warga ibu pejabat akan berganding bahu membawa keceriaan kepada kanak-kanak ini," katanya.