Suruhanjaya Kanak-kanak dibahas bulan ini - Azalina

Azalina
Azalina
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan membentangkan mengenai penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak kepada kabinet pada Oktober.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pembentangan suruhanjaya itu akan dibuat serentak dengan beberapa pindaan Akta Suhakam.

"Kita akan bawa dalam kabinet bawah Akta Suhakam sebab akta itu kita nak buat pindaan.

"Jadi kita buat semua sekali bagi Suruhanjaya Kanak-Kanak dan Akta Suhakam.

"Selain itu, kita juga berharap agar kewujudan Suruhanjaya Kanak-kanak di bawah Akta Suhakam itu mungkin dapat dibahaskan dan seterusnya diluluskan pada sesi (mesyuarat kabinet) kali ini," katanya kepada pemberita.

Azalina berkata demikian pada Majlis Pra-Pelancaran Pusat Penuaan Aktif Parlimen Pengerang serta sumbangan kokurikulum pelajar sekolah Parlimen Pengerang di Dewan stadium Bandar Penawar, Kota Tinggi pada Sabtu.

Sementara itu, Azalina turut menafikan wujud beberapa halangan tertentu bagi menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

Malah katanya, segala-galanya sudah mencukupi untuk diluluskan kelak.

Artikel Berkaitan:

"Akta Suhakam itu sebenarnya sudah mencukupi tetapi banyak permohonan yang kita terima daripada pihak badan bukan kerajaan (NGO).

"Malah, kita turut menerima permohonan daripada suruhanjaya itu sendiri agar Akta Suhakam itu dinaik taraf untuk kuasa siasatan bersama dengan agensi-agensi yang terlibat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!