Maghribi, Sepanyol dan Portugal hos Piala Dunia 2030

Piala Dunia akan dianjurkan di Maghribi, Sepanyol dan Portugal pada 2030.
Piala Dunia akan dianjurkan di Maghribi, Sepanyol dan Portugal pada 2030.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan Maghribi, Sepanyol dan Portugal akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.

Badan induk bola sepak dunia itu berkata, ketiga-tiga negara tersebut mengemukakan bidaan bersama dan merupakan calon tunggal untuk menganjurkan kejohanan itu.

"Majlis FIFA sebulat suara bersetuju bidaan gabungan Maghribi, Portugal, dan Sepanyol merupakan pencalonan tunggal dan akan menjadi negara menganjurkan acara itu pada 2030.

"Mereka layak secara automatik daripada peruntukan slot sedia ada tertakluk kepada penyempurnaan proses bidaan yang berjaya dijalankan oleh FIFA dan keputusan Kongres FIFA pada 2024," kata FIFA dalam satu kenyataan.

FIFA turut memaklumkan Uruguay, Argentina dan Paraguay akan menganjurkan tiga perlawanan untuk menandakan ulang tahun ke-100 kejohanan itu.

Piala Dunia sulung pada tahun 1930 telah diadakan di Uruguay dan dimenangi oleh tuan rumah selepas mereka mengalahkan Argentina dalam perlawanan akhir di Montevideo.

“Setelah mengambil kira konteks sejarah Piala Dunia FIFA buat julung kalinya, Majlis FIFA sebulat suara bersetuju untuk menganjurkan majlis sambutan ke-100 tahun yang unik di ibu negara, Montevideo serta tiga perlawanan Piala Dunia di Uruguay, Argentina dan Paraguay," kata kenyataan itu lagi.

Keputusan itu menyaksikan Piala Dunia diadakan di enam negara dan dua hemisfera berbeza sekali gus menyaksikan beberapa pasukan akan bermain dalam musim yang berbeza.

Artikel Berkaitan: