Penyelenggaraan Pasar Siti Khadijah perlu jadi keutamaan

Dr Hafidzah (kanan) mengangkat bongkah batu yang jatuh dalam kejadian di tingkat satu Pasar Siti Khadijah pada Isnin.
Dr Hafidzah (kanan) mengangkat bongkah batu yang jatuh dalam kejadian di tingkat satu Pasar Siti Khadijah pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Penyelenggaraan Pasar Siti Khadijah tidak lagi boleh dilakukan secara picisan tetapi memerlukan perancangan yang lebih bersepadu dalam tempoh jangka panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, naik taraf pasar itu menjadi keutamaan kerana pasar berkenaan merupakan ikon penting bandar ini.

Dr Hafidzah melihat bahagian dinding bangunan yang perlu diselenggara.
Dr Hafidzah melihat bahagian dinding bangunan yang perlu diselenggara.

Menurut beliau, usaha itu bukan sahaja untuk keselamatan pengunjung dan peniaga tetapi keselesaan golongan berkenaan yang memacu ekonomi di situ.

"Saya akan mengadakan beberapa perbincangan sama ada dengan pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) Kelantan untuk melihat beberapa perkara yang perlu dilakukan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika meninjau kejadian dua konkrit yang jatuh di bahagian peniaga runcit tingkat satu pasar itu pada Isnin.

Konkrit selebar lebih 30 sentimeter dipercayai jatuh akibat aliran air yang bocor pada bahagian atas menyebabkan besi menampung konkrit reput.

Dr Hafidzah menjelaskan, penyelenggaraan jangka panjang juga memerlukan penglibatan banyak agensi terutama daripada kerajaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa apabila kejadian berlaku lewat petang dan sebahagian besar peniaga tidak melalui kawasan itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, pasar itu sudah berusia lebih 35 tahun dan kini peniaga memerlukan satu bangunan yang kondusif dan selamat.

Ahmad Nazri
Ahmad Nazri

Beliau memberitahu, pasar itu turut memerlukan naik taraf pendawaian elektrik.

"Banyak struktur yang pecah dan kita faham perkara ini mengambil banyak masa dan kos yang tinggi," katanya.

Ahmad Nazri berharap perkara itu mendapat perhatian dan kesungguhan pihak terbabit supaya masalah yang sudah lama itu dapat diselesaikan segera.