Sorok dadah RM1.5 juta dalam toto

Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan salah satu toto yang digunakan untuk menyorok dadah dalam dua operasi berasingan di Rantau Panjang pada Ahad serta Isnin.
Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan salah satu toto yang digunakan untuk menyorok dadah dalam dua operasi berasingan di Rantau Panjang pada Ahad serta Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengesan taktik menggunakan toto untuk menyorok dadah jenis pil yaba dan heroin bernilai RM1.5 juta selepas menahan tiga individu menerusi dua operasi berasingan di Rantau Panjang pada Ahad serta Isnin.

Rampasan pertama, pada Ahad sekitar jam 7.45 malam, dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan selepas menahan seorang lelaki warga Thailand yang sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss di kawasan parkir Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil pemeriksaan polis merampas satu beg plastik di dalamnya terdapat balutan toto.

Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pil yaba bernilai RM1.05 juta semasa sidang akhbar pada Selasa.
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pil yaba bernilai RM1.05 juta semasa sidang akhbar pada Selasa.

"Hasil pemeriksaan menemui 96,000 biji pil yaba yang bernilai RM1.05 juta.

"Lelaki berusia 31 tahun itu merupakan seorang penganggur dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, pada Isnin sekitar jam 2.45 petang bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki dan wanita warga Thailand di kawasan tanah lapang pangkalan haram Che Kassim, Rantau Panjang.

Ujar beliau, pemeriksaan yang dijalankan ke atas suspek wanita telah merampas dua beg plastik di dalam setiap satunya terdapat balutan toto.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, di dalam toto itu terdapat 230 botol plastik disyaki dadah jenis heroin yang bernilai RM460,000.

"Kedua-dua suspek berusia 28 dan 41 tahun itu merupakan penganggur serta tidak mempunyai rekod lampau.

"Hasil siasatan awal kami mendapati pil yaba tersebut untuk kegunaan luar Kelantan, manakala heroin bagi pasaran tempatan," katanya.