Kawasan catat IPU tidak sihat meningkat kepada tujuh

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat meningkat kepada tujuh berbanding hanya empat pada pagi Selasa.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, setakat jam 12 tengah hari, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan iaitu 158, Seremban (152) dan Port Dickson (106).

Turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat di Cheras, Kuala Lumpur (155), Petaling Jaya, Selangor (119), Shah Alam (116) dan Banting (114).

Di Perlis dan Sabah, masing-masing mencatatkan satu kawasan IPU baik iaitu di Kangar (40) dan Kimanis (49).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Artikel Berkaitan: