Banting, Shah Alam, Petaling Jaya dan Cheras rekod IPU tidak sihat

Tangkap layar web rasmi APIMS setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.
Tangkap layar web rasmi APIMS setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga kawasan di Selangor dan satu kawasan di Kuala Lumpur merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dalam tempoh sehingga jam 12 tengah hari pada Selasa.

Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan bacaan IPU tidak sihat di Banting iaitu 114, Shah Alam (116) dan Petaling Jaya (119) manakala di Cheras mencatatkan IPU 155.

Sementara itu kawasan lain merekodkan bacaan IPU pada paras sederhana iaitu di bawah 100 seperti di Batu Muda (96), Johan Setia (89) dan Klang (95) sementara di Putrajaya (93).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Pada Mei lalu media melaporkan pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa dan orang ramai boleh merujuk laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) di https://apims.doe.gov.my/home.html untuk maklumat terkini.

Artikel Berkaitan: