Mengaku salah terlibat urus kilang papan haram

Seorang warga Indonesia, dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, atas tuduhan terlibat menguruskan kilang papan haram di Hutan Simpan Bukit Ibam, 31 Januari lalu.
Seorang warga Indonesia, dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini, atas tuduhan terlibat menguruskan kilang papan haram di Hutan Simpan Bukit Ibam, 31 Januari lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang warga asing dipenjara selama lapan bulan selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan terlibat menguruskan kilang papan haram di Hutan Simpan Bukit Ibam, Januari lalu.

Amirudin, 55, yang merupakan warga Indonesia mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan hakim, Siti Aminah Ghazali

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak mempunyai pengenalan diri yang sah didakwa terlibat menguruskan suatu industri berasaskan kayu iaitu kilang papan bergerak tanpa satu lesen yang sah daripada pihak berkuasa.

Tertuduh yang melakukan perbuatan tersebut telah memasuki kawasan Kompartmen 129 Hutan Simpan Bukit Ibam, di sini, kira-kira 12.15 tengahari, pada 31 Januari lalu

Dia boleh didakwa di bawah subseksyen 3 (3) Enakmen Industri Berasaskan Kayu dan boleh dihukum di bawah subseksyen 3(4) enakmen yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memasuki kawasan Kompartmen 129 Hutan Bukit Ibam, di sini, kira-kira 12.15 tengah hari, 31 Januari lalu, tanpa permit masuk daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 47 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang diterima pakai mengikut Enakmen Perhutanan Negara (pemakaian) 1984 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mason Jaro Lenya Barayan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Tertuduh merayu kepada pihak mahkamah supaya hukumannya dapat dikurangkan disebabkan dirinya mempunyai tanggungan lima anak dan dua cucu.

Namun, Mason berharap agar kes ini diberikan hukuman yang setimpal bagi memberi pengajaran dan kesedaran awam tentang salah laku membina kilang tanpa lesen.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan untuk pertuduhan pertama manakala lima bulan penjara untuk pertuduhan kedua dan kedua-dua hukuman dijalankan serentak.