Asia berdepan ekonomi terburuk dalam setengah abad - Bank Dunia

Bank Dunia meramalkan pertumbuhan China yang lebih perlahan pada tahun depan, sekali gus memberi amaran bahawa pembangunan ekonomi Asia Timur berdepan dengan prospek terburuk dalam tempoh lima dekad.
Bank Dunia meramalkan pertumbuhan China yang lebih perlahan pada tahun depan, sekali gus memberi amaran bahawa pembangunan ekonomi Asia Timur berdepan dengan prospek terburuk dalam tempoh lima dekad.
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Dunia meramalkan pertumbuhan China yang lebih perlahan pada tahun depan, sekali gus memberi amaran bahawa pembangunan ekonomi Asia Timur berdepan dengan prospek terburuk dalam tempoh lima dekad.

Menurut portal Financial Times, Bank Dunia turut menzahirkan kebimbangan terhadap pergerakan ekonomi China dan kesannya terhadap Asia yang mana pembuat dasar menjangkakan pertumbuhan terendah dalam beberapa dekad iaitu sekitar lima peratus untuk 2023.

Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo berkata, pakar ekonomi turut menjangkakan pemulihan China daripada kawalan pandemik yang lebih ketat dan tersusun.

“Rentetan daripada petunjuk lemah untuk ekonomi kedua terbesar di dunia, Bank Dunia menjangkakan perkembangan hasil ekonomi China kepada 4.4 peratus pada 2024, menurun daripada jangkaan 4.8 peratus pada April lalu.

“Unjuran 2024 bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi di Asia Timur dan Pasifik termasuk China menurun kepada 4.5 peratus, daripada ramalan pada April lalu iaitu sebanyak 4.8 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Bank Dunia turut menjangkakan jualan runcit China jatuh ke paras prapandemik, harga rumah tidak stabil, peningkatan hutang isi rumah dan pelaburan sektor swasta yang perlahan.

Sementara itu, Mattoo turut memberi amaran bahawa pertumbuhan yang lebih perlahan akan berterusan kecuali jika negara lain termasuk China memulakan pembaharuan sektor perkhidmatan yang lebih mendalam.

“Tetapi peralihan daripada pertumbuhan yang diterajui oleh hartanah dan pelaburan agak mencabar bagi banyak ekonomi Asia yang sedang membangun.

Artikel Berkaitan:

"Di negara yang betul-betul berkembang maju melalui perdagangan dan pelaburan dalam pembuatan, kunci utama seterusnya datang daripada pembaharuan sektor perkhidmatan dengan memanfaatkan revolusi digital, " ujar beliau.