Beri lawan kuasai bola punca Penang FC tewas - Yee Fatt

Pemain Kelantan United FC, Dominik Balic (kanan) dihalang pemain Penang FC Asnan Ahmad (kiri) dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Kelantan United FC, Dominik Balic (kanan) dihalang pemain Penang FC Asnan Ahmad (kiri) dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi. - Foto Bernama
A
A
A

KEBOLEHAN Kelantan United FC (KUFC) tidak boleh dipandang rendah kerana mereka juga mampu melakukan kejutan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pesanan pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt kepada anak buahnya ternyata menjadi kenyataan apabila KUFC mengatasi perlawanan malam tadi.

Yee Fatt turut mengakui corak permainan yang baik anak buahnya tidak membolehkan Penang FC memenangi perlawanan mungkin kerana banyak membiarkan pemain lawan menguasai bola.

"Mereka tidak cuba menyerang dengan agresif walaupun ada banyak masa untuk menyempurnakan jaringan," katanya kepada pemberita.

Beliau bagaimanapun memuji aksi pasukannya yang bermain dengan baik walaupun gagal mengutip sebarang mata.

Pemain Kelantan United FC, Ismaheel Akinade (tengah) dihalang pemain Penang FC Asnan Ahmad (kiri) dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi. - Foto Bernama
Pemain Kelantan United FC, Ismaheel Akinade (tengah) dihalang pemain Penang FC Asnan Ahmad (kiri) dalam aksi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi. - Foto Bernama

"Penang FC juga tidak memberi tekanan kepada pemain lawan antara sebab kemenangan tidak berpihak kepada kami," katanya.

Pada perlawanan itu, pemain import KUFC Dominik Balic menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke- 67 yang menyaksikan kemenangan ketiga kepada pasukan tuan rumah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bagi pengendali KUFC, Ailton Dos Santos Silva, kemenangan itu memberi motivasi kepada pasukannya untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Beliau berkata, mereka perlu membuat lebih banyak persediaan bagi menghadapi Johor Darul Takzim (JDT) dan pasukan Negeri Sembilan selepas ini.