Suspek kes bunuh warga Sri Lanka mati ketika terima rawatan

Azri Ahmad
Azri Ahmad
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang individu yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan melibatkan tiga lelaki warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian, Kampung Kovil Hilir, Sentul meninggal dunia ketika menerima rawatan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki yang juga orang kena tahan(OKT) berumur 43 tahun serta warga Sri Lanka itu sebelum ini ditangkap di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"OKT berkenaan ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk siasatan lanjut.



"Kira-kira jam 11 malam, OKT mengadu sakit dada sebelum penolong pegawai perubatan terlibat dari Hospital Kuala Lumpur hadir untuk memberikan rawatan awal sebelum OKT kemudian disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azri berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui punca kematian.

"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut," katanya.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan dua lelaki yang dikesan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga individu warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini, Jumaat lalu, sudah ditahan pada Isnin.

Menurut sumber, dua lelaki yang juga warga Sri Lanka itu dipercayai ditahan di Hulu Langat, Selangor oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dengan kerjasama Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan polis menemui tiga mayat lelaki di sebuah bilik stor.

Ketiga-tiga mayat itu diletakkan dalam keadaan bertindan, diikat kaki dan tangan manakala kepala mereka ditutup dengan plastik. Salah satu mayat itu ditemui dalam keadaan bogel.

Artikel Berkaitan: