Terus pamer kejutan baki saingan Hangzhou 2022

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap lebih ramai atlet negara akan menampilkan kejutan dalam baki saingan Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Menurut Hannah, kejayaan jaguh ekuestrian berpengalaman negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil yang mencipta kejutan meraih emas dalam acara dressage individu perlu menjadi inspirasi kepada atlet lain.

“Kita telah umumkan sasaran 27 pingat dan setakat ini ada beberapa perkembangan yang mengejutkan seperti Mohd Qabil dapat emas. Itu memang di luar jangkaan kita.

Qabil Ambak mencipta kejutan apabila meraih emas dalam final acara dressage individu Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Ekuestrian Tonglu baru-baru ini.
Qabil Ambak mencipta kejutan apabila meraih emas dalam final acara dressage individu Sukan Asia Hangzhou 2022 di Pusat Ekuestrian Tonglu baru-baru ini.

“Bagus dan memang kita mahu kejutan seperti ini. Kita juga hendak lihat atlet mana yang dapat buat kejutan apabila diberi peluang itu dan menonjol,” katanya kepada Sukan Sinar selepas merasmikan kejohanan SJCYFL di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 4, Subang Jaya pada Sabtu.

Kontinjen negara sebelum ini mengambil pendekatan selamat dengan tidak lagi menggunakan sasaran pingat secara spesifik sebaliknya menyasarkan 27 pingat tanpa mengira warna secara keseluruhan di temasya sukan tersebut.

Dalam pada itu, Hannah juga optimis kontinjen negara mampu mencapai sasaran ditetapkan walaupun tanpa prospek pingat Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak beraksi di Hangzhou 2022 akibat kecederaan.

“Kita berharap masih boleh capai 27 pingat biarpun kehilangan Azizulhasni yang menjadi antara sasaran pingat kontinjen negara di Sukan Asia kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Azizulhasni cedera dan saya harap beliau kembali pulih dan fokus untuk Olimpik. Jadi, saya menaruh harapan atlet lain dapat cover kehilangan beliau kali ini,” katanya.