2 suspek ditahan kes penemuan tiga mayat diikat bertindan

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang dikesan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tiga individu warga Sri Lanka, di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini, Jumaat lalu, sudah ditahan pada Isnin.
Menurut sumber, dua lelaki yang juga warga Sri Lanka itu dipercayai ditahan di Hulu Langat, Selangor oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dengan kerjasama Kontinjen Polis Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek ditemui ketika bersembunyi di dalam hutan, mereka telah direman untuk membantu siasatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki itu.