PRK Pelangai: Jentera BN jangan leka, bersedia hadapi 'serangan' - Amizar

Amizar beramah mesra bersama pengundi kaum India semasa tempoh berkempen bagi PRK DUN Pelangai di Sungai Gapoi. - Foto Bernama
Amizar beramah mesra bersama pengundi kaum India semasa tempoh berkempen bagi PRK DUN Pelangai di Sungai Gapoi. - Foto Bernama
A
A
A

BENTONG - Berbaki lapan hari lagi sebelum tempoh kempen berakhir pada jam 11.59 malam, 6 Oktober ini, jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dingatkan agar tidak leka dan terlalu selesa.

Calon parti itu, Datuk Amizar Abu Adam berkata, jentera parti perlu bersedia menghadapi sebarang ‘serangan’ yang mungkin dilakukan pihak lawan.

"Kita tidak tahu serangan apa yang akan berlaku. Kita mesti siap siaga 24 jam," katanya kepada pemberita selepas menyantuni masyarakat India dan Cina di sekitar Telemong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amizar yang merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong berkata, beliau akan melancarkan manifesto BN buat rakyat Pelangai dalam masa terdekat.