AWAN bantu calon Pelangai, Kemaman

Dr Hafidzah (tujuh dari kiri) menghadiri Program dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Taman Hijau pada Khamis.
Dr Hafidzah (tujuh dari kiri) menghadiri Program dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Taman Hijau pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Kelantan akan membantu memastikan kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai serta Parlimen Kemaman.

Ketua AWAN, Dr Hafidzah Mustakim berkata, gabungan parti itu sebelum ini bekerja keras dalam beberapa siri pilihan raya di negara ini.

"Kami akan turun ke Pelangai dan Kemaman untuk meneruskan kejayaan seperti di DUN Simpang Jeram, Muar, Johor baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program dan Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul di Taman Hijau di sini pada Khamis.

Menurut Dr Hafidzah, kemenangan di Simpang Jeram membuktikan sokongan rakyat terhadap PH-BN.

"Tidak sampai sembilan bulan banyak hasil yang boleh dinikmati rakyat.

"Kita sudah menunjukkan kejayaan hasil usaha gabungan pemimpin yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

PRK Pelangai akan berlangsung pada 7 Oktober ini menyaksikan Datuk Amizar Abu Adam dari (BN) berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Dr Hafidzah berpendapat program sambutan Maulidur Rasul merupakan simbol kepada kejayaan serta wanita PH-BN Kelantan.

"Hari ini kami berkumpul dalam suasana aman dan mahu menyelami perasaan wanita di zaman Rasulullah SAW," katanya.

Norwahida
Norwahida

Ketua Wanita UMNO, Norwahida Patuan bersyukur kerana sudah lebih 20 tahun tiada penganjuran membabitkan parti itu sempena sambutan Maulidur Rasul.

"Kami akan terus bergabung menjadikan program ini sebagai acara tahunan di Kelantan," katanya.

Seramai 700 wanita dari seluruh negeri berkumpul sebelum perarakan serta berselawat sempena program berkenaan.