Kekal tradisi Ngejot dalam sambutan Maulidur Rasul

Mas Imran (kanan) dan Hashim (berdiri, kiri) membantu menyediakan makanan ringan dan tradisional dalam majlis Peringatan Maulid Nabi Besar Muhammad SAW di Masjid Besar Jam'yiyatul Qudsiyyah Kecamatan di Pringgasela, Lombok Timur, Lombok Timor, Indonesia pada Khamis.

A
A
A

LOMBOK - [DIKEMAS KINI] Pelbagai cara dizahirkan umat Islam dalam menzahirkan kasih sayang dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW setiap kali sambutan Maulidur Rasul pada saban tahun.

Bagi masyarakat Islam di Lombok Timur dekat sini, mereka turut tidak melepaskan peluang meraikan Maulidur Rasul dengan cara tersendiri termasuk mengikut adat dan tradisi penduduk setempat.

Majlis Peringatan Maulid Nabi Besar Muhammad SAW di Masjid Besar Jami'yiyatul Qudsiyyah Kecamatan di Pringgasela, Lombok Timur di sini pada pagi sehingga tengah hari Khamis, amat meriah seakan-akan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus masjid tersebut, Salehin Halim, 70, mengakui sambutan meriah seperti itu diadakan setiap tahun dan sejak awal pagi penduduk sudah bersiap-siap untuk ke hadir ke masjid.