Bayi Maulidur Rasul lahir ketika dalam perjalanan pulang ke kampung

Mimi Azuani bersama suaminya, Mohd Faizul ceria di samping bayi perempuan mereka ketika ditemui sempena program Permata Maulidur Rasul di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) di Kuala Terengganu, pada Khamis.

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang jururawat terpaksa menahan sakit bersalin selama hampir tiga jam di dalam kereta sebelum melahirkan bayi perempuan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada Rabu.

Mimi Azuani Mohd Lazim, 36 berkata, dia tidak menyangka anak ketiganya yang sepatutnya lahir pada 3 Oktober depan menjadi bayi pertama dilahirkan di Terengganu sempena Maulidur Rasul.

Menurutnya, dia mengalami kontraksi sekitar jam 4 petang ketika dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke kampung halaman di Bachok, Kelantan sebelum memutuskan untuk berhenti di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Ketika melalui LPT2 (Lebuhraya Pantai Timur 2) berdekatan Kijal, saya mula rasa sakit perut seolah-olah mahu buang air besar.