Sultan Nazrin terima serahan zakat perniagaan RM8.17 juta

Ishak (dua dari kiri) menyempurnakan serahan zakat perniagaan LAP di hadapan Sultan Nazrin yang diadakan di Istana Kinta pada Khamis.
Ishak (dua dari kiri) menyempurnakan serahan zakat perniagaan LAP di hadapan Sultan Nazrin yang diadakan di Istana Kinta pada Khamis.
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan oleh lapan syarikat korporat sejumlah RM8.17 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Kinta di sini pada Khamis.

Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh Lembaga Air Perak (LAP) berjumlah RM4.85 juta yang diserahkan oleh Pengurus Besar LAP, Datuk Ishak Abd Rahman.

Ipoh Specialist Hospital Sdn Bhd (KPJ Ipoh) pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.09 juta menerusi wakilnya, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ipoh, Badrul Hisyam Ibrahim.

Turut menyerahkan zakat perniagaan ialah Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Berhad sebanyak RM585,174 diikuti YP Nominees Holdings Sdn Bhd dengan jumlah RM406,754.

Selain itu, Koperasi Warisan Pegawai Hutan Melayu Negeri Perak Berhad juga menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM380,513, Empayar Indera Sdn Bhd (RM 300,000) dan Koperasi Kemajuan Tanah Perak Berhad (RM121,749).

Dalam pada itu, Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) turut menyerahkan zakat perniagaan mereka melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin sejumlah RM430,000.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Raja Kecil Sulong Perak, Raja Datuk Seri Ahmad Nazim Azlan Shah Ashman Shah; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin; Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda, Datuk Seri Mohamad Othman Zainal Azim.

Turut bersama menyaksikan penyerahan tersebut, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Harith Fadzilah Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Artikel Berkaitan: