47.5 peratus setuju mansuh pencen ahli Parlimen

Tangkap layar hasil dapatan tinjauan pendapat di aplikasi X pada Khamis.
Tangkap layar hasil dapatan tinjauan pendapat di aplikasi X pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 47.5 peratus daripada 1,448 responden bersetuju dengan cadangan untuk memansuhkan pencen bagi ahli Parlimen sahaja.

Hasil tinjauan pendapat Sinar Harian yang dijalankan di aplikasi X bermula Rabu hingga Khamis juga mendapati 42.3 peratus lagi responden bersetuju sepenuhnya untuk memansuhkan pencen ahli Parlimen dan juga pencen penjawat awam.

Dapatan tinjauan itu turut menyaksikan 7.2 peratus dan selebihnya tiga peratus masing-masing tidak bersetuju selain memerlukan kajian lagi terhadap cadangan tersebut.

Berdasarkan laporan Sinar Harian pada 3 Ogos lalu, cadangan tersebut disuarakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana kaedah itu dilihat tidak adil jika dibandingkan dengan penjawat awam yang berkhidmat lebih lama berbanding ahli politik.