Mansuh pencen ahli Parlimen, penjawat awam - Khairy

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan membatalkan pencen ahli Parlimen.
Bahkan, beliau juga mencadangkan pencen penjawat awam turut dihapuskan bagi membantu mengimbangi fiskal negara.
Menurutnya, beliau sedia sekiranya pencen beliau ditukar kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), seperti dicadangkan pakar ekonomi baru-baru ini.
“Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara.
“Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi. Yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya.