Mansuhkan pencen untuk pengambilan baharu penjawat awam - KJ

Khairy
Khairy
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan cadangan untuk memansuhkan pencen adalah bagi pengambilan baharu penjawat awam sahaja.

Beliau kesal kerana cadangannya itu disalah erti kerana tindakan sesetengah media yang tidak mengambil konteks penuh videonya dalam podcast Keluar Sekejap.

“Disebabkan itu cadangan saya berkenaan memansuhkan pencen ahli parlimen dan penjawat awam mengelirukan pembaca,” katanya menerusi Facebook pada Rabu.

Khairy berkata, secara spesifik dan jelas cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan demi menjaga fiskal negara.