Op HUU: 6,654 saman dikeluarkan, halangan lalu lintas tertinggi

JSPT Kuala Lumpur menjalankan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua sejak 15 September lalu.
JSPT Kuala Lumpur menjalankan Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua sejak 15 September lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 6,654 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur fasa dua pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesalahan paling tinggi direkodkan adalah halangan lalu lintas dengan 5,052 saman dikeluarkan.

"Kesalahan kenderaan di laluan pejalan kaki atau garisan putih (233), tiada lesen memandu (105), melanggar lampu isyarat merah (23), ubah suai nombor pendaftaran (39) dan berhenti di petak kuning empat saman serta lain-lain kesalahan sebanyak 1,198," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sarifudin berkata, seramai 42 pegawai dan 748 anggota terbabit dalam operasi itu yang dijalankan di sekitar ibu negara.

"Kita turut menahan 13 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk mabuk dan kes dadah.

"Operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut mengeluarkan 225 saman," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi fasa kedua itu akan tertumpu di 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara sepanjang tempoh pelaksanaan terbabit bermula 15 September hingga 29 September.

Operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

Artikel Berkaitan: