Kutipan zakat sektor potongan gaji meningkat 8.9 peratus

KUANTAN - Prestasi kutipan zakat di Pahang meningkat sebanyak 8.9 peratus dalam sektor pemotongan gaji dalam tempoh Januari sehingga 15 September tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang, Datuk Halidan Md Daud berkata, jumlah tersebut meningkat daripada RM44.9 juta kepada RM48.9 juta.
Menurutnya, bagi sektor bayaran badan-badan korporat telah mengalami penurunan sebanyak RM10.8 juta iaitu daripada RM23.5 juta ke RM12.7 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Antara faktor penurunan adalah disebabkan beberapa badan korporat yang menyumbang bayaran besar masih belum membuat bayaran dalam tempoh sama berbanding tahun lalu.