Cosmo Hotel Kuala Lumpur edar bubur lambuk

Susan (tengah) bersama wakil pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad mengedarkan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan.
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 150 pek bubur lambuk diagihkan kepada golongan asnaf dan gelandangan di pekarangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, Jumaat lalu.

Pengurus Besar Cosmo Hotel Kuala Lumpur, Susan Carlos berkata, agihan makanan itu dijalankan pihaknya dengan kerjasama wakil pengurusan masjid terbabit.

Menurutnya, proses agihan bubur lambuk tersebut dimulakan pada jam 5 petang sehingga habis.

"Aktiviti ini pertama kali dilaksanakan Cosmo Hotel Kuala Lumpur dan merupakan platform untuk kita memberi kembali kepada masyarakat setempat.

"Pihak hotel sentiasa mencari peluang untuk terus menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebegini terutamanya pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susan (depan, empat dari kanan) bersama kakitangannya dan wakil pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad bekerjasama mengagihkan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan pada Jumaat lalu.
Susan (depan, empat dari kanan) bersama kakitangannya dan wakil pengurusan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad bekerjasama mengagihkan bubur lambuk kepada golongan asnaf dan gelandangan pada Jumaat lalu.

Susan berkata, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak organisasi lain selepas ini dalam menjayakan aktiviti CSR.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia