Ketua mafia di Itali, Messino Denaro meninggal dunia

ROME - Ketua mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun, telah meninggal dunia, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan agensi berita Itali ANSA pada Isnin.
Ketua Mafia Cosa Nostra Sicily berusia 61 tahun itu menghidap kanser kolon dan dilaporkan dalam keadaan koma sejak Jumaat.
Pada awal Ogos, Mafioso menjalani pembedahan usus di Hospital San Salvatore di L'Aquila.
Selepas pembedahan itu berjaya, kanser kolon pula menyebabkan kemerosotan kesihatannya, ANSA memetik sumber sebagai berkata.