Hino Malaysia kembali anjur Hino Smart Driving Contest

SEREMBAN - Selepas tiga tahun, Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd sekali lagi kembali mengadakan Hino Smart Driving Contest di Hino Total Support Customer Centre (HTSCC), Sendayan di sini.
Pertandingan ini adalah sebahagian daripada usaha Hino Malaysia mempromosi program Hino Smart Driving yang menghimpunkan 20 pemandu lori daripada 11 syarikat berbeza dan telah melalui pusingan awal pertandingan pada bulan Ogos lepas.
Program ini bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran mereka dan memupuk semangat setiakawan dalam bidang yang sama profesion, dengan tema “Challenge to Be the Best Driver to Transport Every Happiness for A Sustainable Future”.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam dalam ucapannya berkata, kerajaan menyasarkan untuk mengurangkan separuh jumlah kematian jalan raya menjelang tahun 2030, seperti yang digariskan dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022-2030.