Mesin IPR sudah beroperasi, ada orang sengaja 'off power' - Rafizi

Tangkap layar hantaran Rafizi di platform 'X' pada Isnin
Tangkap layar hantaran Rafizi di platform 'X' pada Isnin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memaklumkan mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di KTM Bukit Mertajam telah beroperasi seperti biasa

Ia susulan salah seorang pengguna platform ‘X’, Mohd Hanif mendakwa bahawa mesin tersebut didapati tidak berfungsi pada Isnin.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, perkara itu sudah pun selesai dan punca kepada berlakunya masalah berkenaan adalah disebabkan tindakan segelintir pihak yang sengaja menutup bekalan elektrik mesin berkenaan menyebabkan ia tidak dapat beroperasi.

“Dah okay. Ada orang pandai-pandai pergi ‘off power’ (tutup suis) dekat situ jadi (mesin itu) tidak ada elektrik sekejap.