KPM buka saluran khas PIBG mohon peruntukan selenggara sekolah

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini membuka ruang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk memohon sendiri peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan sekolah.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, permohonan Saluran Khas PIBG itu dibuka dari 1 hingga 30 November 2026.
"Kali ini kita cuba pendekatan baharu.Saya mengajak semua PIBG untuk memanfaatkan peluang ini.
"Kenal pasti keperluan sekolah masing-masing dan imbas kod QR pada poster untuk mengemukakan permohonan," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Selasa.
Tambah Fadhlina, beliau percaya ada kelebihan apabila PIBG diberi ruang untuk terlibat secara langsung.
Jelasnya, mereka lebih dekat dengan keadaan sekolah dan memahami masalah yang perlu diselesaikan segera.
"Dalam kalangan ibu bapa juga ada pelbagai kepakaran yang boleh dimanfaatkan. Inilah semangat yang mahu kita hidupkan.
"Sekolah bukan tanggungjawab guru semata-mata. Ibu bapa juga mempunyai peranan besar dalam memastikan anak-anak belajar dalam persekitaran yang selamat dan selesa," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

