Nasi lemak ayam RM2 penuh pinggan

Gambar nasi lemak ayam yang dijual di kantin SK Pulau Sebang tukar di media sosial baru-baru ini.
Gambar nasi lemak ayam yang dijual di kantin SK Pulau Sebang tukar di media sosial baru-baru ini.
A
A
A

ALOR GAJAH - Tindakan pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sebang, di sini, yang menyediakan menu berbaloi dengan harga RM2 sepinggan bagi murid-murid sekolah wajar dicontohi pihak lain.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azri Khairi Juaher berkata, menu nasi lemak ayam goreng berserta timun, sambal dan telur dadar itu dapat membantu murid-murid terutama keluarga B40 menikmati makanan dalam kuantiti banyak dengan harga hanya RM2 sepinggan.

Menurutnya, meskipun mereka terbeban dengan kenaikan harga barang asas seperti beras, namun ia bukanlah halangan untuk pengusaha itu memberi kegembiraan kepada murid-murid menerusi kuantiti makanan yang banyak.

"Ini bukanlah menu yang baharu disediakan, namun sepanjang lima tahun pengusaha kantin itu beroperasi di sekolah ini, boleh dikatakan dia berniaga sambil bersedekah.