Kedutaan Cuba di AS diserang dengan bom molotov

Kedutaan Cuba di AS menjadi sasaran serangan pengganas oleh seorang individu yang melontar dua bom molotov.
Kedutaan Cuba di AS menjadi sasaran serangan pengganas oleh seorang individu yang melontar dua bom molotov.
A
A
A

MOSCOW - Seorang individu membaling dua bom molotov ke kedutaan Cuba di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Luar Cuba Bruno Rodriguez Parrilla pada Isnin.

Tiada petugas yang cedera dalam serangan itu, lapor Sputnik.

"Pada petang 24 September, Kedutaan Cuba di AS menjadi sasaran serangan pengganas oleh seorang individu yang melontar dua bom molotov. Kakitangan tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata Parrilla di akaun X (Twitter).

Beliau berkata ia merupakan serangan kedua ke atas kedutaan negara itu di Washington sejak 2020, sebelum ini seorang individu melepaskan tembakan ke arah kedutaan.