Kedutaan AS ucap tahniah kepada pegawai SPRM lulus Akademi FBI

Asrul merupakan pegawai kedua dari SPRM yang menyempurnakan program 10 minggu Akademi FBI. Foto Facebook U.S. Embassy Kuala Lumpur
Asrul merupakan pegawai kedua dari SPRM yang menyempurnakan program 10 minggu Akademi FBI. Foto Facebook U.S. Embassy Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Senior Asisten Komisioner Asrul Ridzuan Ahmad Rustami dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima ucapan tahniah daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur selepas lulus dari Akademi Kebangsaan FBI.

Menurut laman Facebook kedutaan, Asrul merupakan pegawai kedua dari SPRM yang menyempurnakan program 10 minggu Akademi FBI.

Program itu penting untuk memajukan piawaian penguatkuasaan undang-undang, pengetahuan dan kerjasama serantau.

Bagi kakitangan penguatkuasa undang-undang AS dan asing yang ingin meningkatkan kelayakan dalam bidang yang diceburi, Akademi Kebangsaan FBI menawarkan latihan penyiasatan dalam bidang cegah keganasan, risik balas, hak sivil, rasuah awam, senjata pemusnah besar-besaran dan jenayah terancang rentas sempadan. - Bernama

Artikel Berkaitan: