Van bawa pelancong Singapura terjatuh dari Bukit Genting

Anggota bomba sedang menjalankan kerja menyelamat di lokasi kejadian.
Anggota bomba sedang menjalankan kerja menyelamat di lokasi kejadian.
A
A
A

BALIK PULAU - [DIKEMAS KINI] Pemandu dan sekumpulan penumpang sebuah van persiaran dilaporkan cedera selepas kenderaan tersebut terjatuh dari Bukit Genting di sini, pada malam Ahad.

Ketika ini, pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan kerja menyelamat mangsa di lokasi kejadian.

Difahamkan, kesemua mangsa melalui laluan sempit itu untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Thailand yang terletak di puncak bukit terbabit.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, van tersebut telah terbabas lalu terjatuh dari laluan berbukit berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Suffian Kamarul Baharin berkata, kesemua mangsa merupakan pelancong dari Singapura.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 8.14 malam.

"Kemalangan melibatkan sebuah van yang membawa pelancong dari Singapura telah terbabas lalu terjatuh ke dalam cerun bukit setinggi hampir 6.1 meter.

"Kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan, dibantu beberapa pasukan bomba sukarela berdekatan. Maklumat akan dikemas kini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, tiga mangsa yang cedera sudah dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Balik Pulau.