Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas

Seorang pelumba Giant Cycling Team menerima rawatan. - Foto ihsan pembaca
Seorang pelumba Giant Cycling Team menerima rawatan. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

SEBUAH van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.

Ketua Pegawai Operasi, Emir Abdul Jalal berkata, van yang membawa pasukan dari China itu terbalik ketika melaui zon neutral di Jeli.

"Ya saya boleh sahkan ada kemalangan membabitkan van yang membawa pasukan Giant Cycling Team. Saya juga boleh maklumkan setakat ini, tiada pelumba yang mengalami kecederaan serius," katanya kepada Sukan Sinar.

Keadaan van yang terbalik akibat kemalangan. - Foto EHSAN PEMBACA
Keadaan van yang terbalik akibat kemalangan. - Foto EHSAN PEMBACA

Terdahulu, menurut laman X rasmi LTdL, tiga pelumba berkenaan tidak dibenarkan bersaing pada Peringkat 3 itu kerana gagal hadir pada waktu ditetapkan di venue pelepasan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.

"Memang benar mereka tidak boleh bertanding pada Peringkat 3 kerana lambat sampai di venue pelepasan. Disebabkan itu mereka terus menaiki van pasukan untuk ke venue penamat di Baling.

Difahamkan, tiga pelumba yang terlibat dalam insiden kemalangan yang berlaku ketika hujan renyai itu ialah Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei selain seorang pemandu dan pegawai pasukan Giant Cycling Team.

Artikel Berkaitan:

Barisan pelumba melalui kawasan kemalangan membabitkan sebuah van yang membawa pelumba Giant Cycling Team di Jeli pagi tadi.
Barisan pelumba melalui kawasan kemalangan membabitkan sebuah van yang membawa pelumba Giant Cycling Team di Jeli pagi tadi.

Ketiadaan tiga pelumba berkenaan menyaksikan Giant Cycling Team hanya menyandarkan harapan kepada seorang sahaja pelumbanya, Deng Penghai bagi meneruskan cabaran Peringkat 3 sejauh 183.1 kilometer.